Ahad, Ogos 02, 2009

A TRIBUTE TO GOATS( THAT WILL BE SOLD ENTIRELY BY MY FATHER)

kambing dan tarbiah?




KAMBING DAN TARBIYAH?

Kambing?tarbiyah? apa kaitan kambing dengan tarbiyah? Kenapa Allah ‘menakdirkan’ Rasulullah menjadi penggembala kambing?kenapa tidak lembu ke,ayam ke,itik ke. Persoalan ini telah bermain dalam kotak mindaku semenjak dari aku mempelajari sirah Rasulullah masa kecik-kecik lagi. Alhamdulillah, baru kini aku mendapat jawapannya.

Percutian selama 4 bulan ini benar-benar mencabar kesabaranku lantaran ketiadaan perancangan bagi memenuhi percutian panjang ini, lantas daku meminta kerja kosong dari bapa ku,di samping mengisi masa cuti,dapat juga membantu ekonomi keluargaku,tak begitu?

Alhamdulillah,sementelah dua bulan percutian ini,pelbagai pengalaman yang dapat kutimba (walaupun mungkin tidak sebanyak sahabat-sahabat yang lain) selama berada di kandang kambing kepunyaan bapaku (kecil-kecilan je)

Pabila ku bandingkan kepayahan menjaga kambing ini dengan pengalaman Rasulullah menggembala kambing ini,dapatlah aku fahami mengapa baginda menggembala kambing. Bila menternak kambing :

Tiap-tiap hari kena bagi susu(bagi anak-anak kambing yang kehilangan ibu atau ibu tak mahu menyusu)

Jangan ingat manusia je yang tidak ambil peduli anaknya, kambing pun macam tu

-Kalau tidak menyusu botol pun,kena ikat ibu yang tak nak menyusu anaknya pas tu paksa dia susukan anaknya,kena perah lagi kantung susu ibunya supaya anaknya dapat hisap(hai...payah..payah)

-Tiap-tiap hari nak kena potong rumput nak bagi makan kambing lagi...

-Hari-hari kena bagi makan makanan die,berguni-guni plak tu,dah lah kene amik kat Gong Badak,K.Terengganu,minyak lagi,jauh tu...hai,syusyah...syusyah

-Kalo yang anak pulak,kena belai-belai lagi...

-Hari-hari kena check,kot2 ada yang cedera,bukan seekor,tapi beratus-ratus

-kebersihan sekor-sekor plak nak kene jage,kalo tak nanti kena jangkitan kulat,kurap dan ulat

di sini dinyatakan tujuan penulisan ini bukan untuk menagih simpati apatah lagi untuk berbangga,tapi apa yang ingin kusampaikan dari buah pemikiranku ini,berdasarkan pengalaman kami sepanjang terlibat dalam bidang ini.

Tiada kata yang dapat digambarkan akan betapa payahnya menjaga kambing-kambing ini,kadang-kadang tergambar di fikiranku akan kepayahan baginda Rasulullah menjadi gembala kambing sebelum dilantik menjadi rasul,agaknya mungkin kerana kepayahan menjaga kambing melatih Baginda menjadi pemimpin yang teragung, ditambah lagi dengan kaedah kuno tanpa kandang,dengan pemangsanya di mana-mana,kesukaran mengawalnya,macam-macamlah.

Dalam erti kata yang mudah,Rasulullah menjadi ‘pemimpin’ kambing dulu sebelum di angkat menjadi pemimpin manusia. Mungkin tidak mustahil jika suatu hari nanti akan muncul seorang pemimpin dari seorang penternak kambing ataupun anak seorang penternak kambing.

Tak heranlah kenapa Allah mentarbiah Baginda dengan mengembala kambin
g dulu,rupa-rupanya kambing pun macam manusia,macam-macam perangai. Sampaikan bapaku sendiri mengeluh betapa susah nak jaga kambing ni,kadang-kadang sampai nak jual semua kambing ni...

Sabtu, Jun 20, 2009

ampunkan daku

maaf sebab dah lame x update,ade masalah teknikal kat sini,isi da ade cume x dapat nak tampal je,sori...

Ahad, Mei 18, 2008

Silat sebagai method menjaga akidah?

Mungkin ada yang akan terkejut mengapa penulis mencadangkan sedemikian? terlebih dahulu penulis mengudarakan tujuan komentar ini bukanlah untuk menghina seni-seni lain,komentar ini merupakan hasil pemikiran penulis berdasarkan ilmu dan pemerhatian yang dangkal ini...

Mungkin ramai yang menyangka silat adalah satu ilmu gaduh semata-mata,tapi sekiranya dipelajari ke satu tahap,barulah kita akan sedar bahawa silat yang dikatakan ilmu gaduh atau berpencak sebenarnya kulit sahaja, ini semua adalah pengalaman saya sendiri kerana saya telah mempelajari sejenis silat iaitu silat cekak ustaz hanafi(bukan ingin menguar-uarkan,tetapi hanya kerana penulis berpengetahuan dalam jenis silat ini sahaja maka penulis akan berkomentar secara khusus mengikut aliran ini dan silat-silat lain secara umumnya)

Pada awal saya menyertai silat saya menyangkakan silat ini hanya berkaitan tentang menepis,membalas dan mengelak sahaja, bahkan lebih daripada itu. Apabila saya mencapai tahap 'potong' barulah saya menyedari; mungkin juga masih sedikit yang saya pelajari, sebenarnya dalam silat ini adanya unsur Ketuhanan. Sebagai contoh,pada peringkat tamat, mana-mana pengamal cekak ini tidak akan menang,jadi satu persoalan "bagaimana kita nak mempertahankan diri kalau akhirnya kita kalah?"(ya lah,rasa bengang jugak kalau lawan last-last takde siapa yang menang). Jawapannya,kita jangan bersandar kepada ilmu tapi bersandarlah kepada pemilik ilmu itu,iaitu ALLAH. Kelebihannya,mungkin perasaan riak dapat dihindari..

Terdapat juga lain-lain silat yang mempunyai kaitan dengan gerakan tarekat atau kesufian, yang mana untuk mempelajari silat seseorang itu harus mengamalkan beberapa zikir.

Kalau kita kaji mengapa orang Melayu Islam sekarang ramai yang murtad,salah satu sebabnya kerana rasa taksub atau fanatik kepada penganut agama lain,ini kerana kurangnya rasa bangga terhadap apa yang kita ada pada diri kita(agama dan bangsa). Jadi,apabila tiada rasa jati diri maka senanglah kita untuk menjadi seperti yang kita fanatikkan itu,atau dalam erti kata lain murtad.

Dan kalau kita buka lembaran sejarah perjuangan pembebasan negara kita seperti perjuangan Mat Kilau,Dato' Bahaman,Abdul Rahman Limbong dan sebagainya,sebahagian mereka adalah ulamak,mereka menggunakan ilmu silat untuk menentang penjajah tanah air dan akidah umat Islam di tanah ini,jadi tidaklah mustahil mereka menerapkan ajaran Islam dalam ilmu persilatan merela dan juga kepada pengikut mereka. Bukanlah penulis mengajak untuk berperang tapi dalam zaman sekarang penulis amat menekankan falsafah-falsafah silat itu digunakan dalam perjuangan menegakkan kembali kalimah Allah di muka bumi ini.

Point seterusnya yang penulis akan kemukakan selepas ini mungkin akan menimbulkan kontroversi tapi fahamilah penulis sama sekali tidak ingin mengkondem seni lain,mungkin ada yang betul mungkin ada yang salah dan mungkin tidak pada seni yang kalian semua pelajari.
contohnya,tomoi. Penulis pernah menonton dalam satu dokumentari yang mana dipaparkan para-para peninju terlebih dahulu memohon pertolongan daripada Buddha untuk meraih kemenangan(mungkin ini tak terjadi kat negara kita kot) tapi apa yang penulis bimbangkan takut0takut ajaran-ajaran Buddha diamalkan dalam aliran tomoi di Malaysia ini,kalau tidak ada, Alhamdulillah,teruskan dengan tomoi kalian

Terdapat juga sebahagian seni silat yang mengamalkan ilmu-ilmu songsang,tapi penulis ingin menegaskan penulis tidak menyokong aliran-aliran silat sedemikian,apatah lagi Islam melarang perbuatan mensyirikkan Allah.

sekali lagi penulis menegaskan tujuan penulisan ini bukan untuk mengkondem seni-seni yang lain,cuma penulis perlu membetulkan tanggapan-tanggapan songsang yang ditudingkan kepada silat.

Akhir kata,penulis memohon maaf kalau-kalau ada menyinggung hati sesetengah pihak,jutaan kemaafan dimohonkan. Sebarang komen dan teguran yang membina amat penulis hargai sebagai satu cara untuk membina diri ke arah yang lebih baik.

Ilmu mempertahankan diri versus jenayah?

salam permulaan,

"Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.

Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah."

Petikan dari wikipedia ini menerangkan sedikit sebanyak tentang jenayah dan perilakunya. Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa dari hari demi hari kes-kes jenayah semakin menjadi-jadi. Mungkin kita juga tertanya-tanya mengapa permasalahan ini semakin teruk? Apakah tidak ada cara untuk menanganinya? Sebagai jawapannya,terdapat banyak cara untuk menyelesaikannya,bagi mereka yang berfikiran nasionalist ataupun politik maka akan memilih cara penggubalan undang-undang. Manakala bagi mereka yang berfikiran Islamik pasti akan berkata "Islamlah jalan penyelesaiannya". Saya sama sekali menyokong idea ini,Islam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi semua permasalahan manusia dalam setiap segi,begitu juga dalam aspek jenayah. Tapi apa yang menjadi pointnya,bagaimana cara untuk membuktikan Islam sebagai cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini? Banyak caranya sahabat-sahabat,tapi apa yang saya ingin khususkan dalam posting ini adalah dengan mempelajari ilmu mempertahankan diri secara umumnya,dan bagi penulis yang sesuai bagi orang Melayu yang menganut agama Islam,tak lain dan tak bukan adalah silat.

mungkin sahabat-sahabat akan tertanya mengapa penulis berkata sedemikian,oleh itu mari kita susuri sejarah silat dan mengapa penulis mencadangkan cara sedemikian.

Adalah sangat-sangat dipercayai bahawa silat adalah warisan mutlak orang Melayu,ini kerana terdapat beberapa kriteria yang membezakannya dari seni lain,antaranya seni mengunci pergerakan lawan. Tidak dinafikan ada segelintir silat yang bercampur dengan perkara-perkara khurafat seperti sihir,tapi itu bukanlah yang ingin difokuskan penulis. Apa yang menjadi fokus adalah silat yang 'putih' yang mana ada unsur-unsur Islam di dalamnya.

Untuk pengetahuan kita,telah menjadi kebiasaan di kalangan guru-guru agama di zaman lampau menggunakan pendekatan silat untuk menarik minat orang-orang kebiasaan untuk mempelajari agama,sambil mereka menurunkan ilmu persilatan,secara halus mereka mengajar ilmu-ilmu agama,jadi kesannya orang-orang kebanyakan tersebut berkemungkinan akan beringat supya tidak menyalahgunakan ilmu tersebut,di samping dapat menjaga diri sendiri,keluarga dan harta.

Pointnya,apa yang penulis ingin sampaikan adalah,apabila seseorang mempelajari sesuatu seni mempertahankan diri secara betul,tahu tujuan belajar,maka dia tidak akan menyalahgunakan ilmu tersebut dengan menyerang orang lain secara membabi buta,mencederakan orang lain ataupun merampas harta orang lain.

di sebelah pihak yang satu lagi,seandainya mereka diserang maka mereka tahu untuk mempertahankan diri.jadi kes jenayah tidak akan terjadi.

wallahu a'lam..