Ahad, Mei 18, 2008

Ilmu mempertahankan diri versus jenayah?

salam permulaan,

"Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.

Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah."

Petikan dari wikipedia ini menerangkan sedikit sebanyak tentang jenayah dan perilakunya. Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa dari hari demi hari kes-kes jenayah semakin menjadi-jadi. Mungkin kita juga tertanya-tanya mengapa permasalahan ini semakin teruk? Apakah tidak ada cara untuk menanganinya? Sebagai jawapannya,terdapat banyak cara untuk menyelesaikannya,bagi mereka yang berfikiran nasionalist ataupun politik maka akan memilih cara penggubalan undang-undang. Manakala bagi mereka yang berfikiran Islamik pasti akan berkata "Islamlah jalan penyelesaiannya". Saya sama sekali menyokong idea ini,Islam adalah jalan penyelesaian terbaik bagi semua permasalahan manusia dalam setiap segi,begitu juga dalam aspek jenayah. Tapi apa yang menjadi pointnya,bagaimana cara untuk membuktikan Islam sebagai cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini? Banyak caranya sahabat-sahabat,tapi apa yang saya ingin khususkan dalam posting ini adalah dengan mempelajari ilmu mempertahankan diri secara umumnya,dan bagi penulis yang sesuai bagi orang Melayu yang menganut agama Islam,tak lain dan tak bukan adalah silat.

mungkin sahabat-sahabat akan tertanya mengapa penulis berkata sedemikian,oleh itu mari kita susuri sejarah silat dan mengapa penulis mencadangkan cara sedemikian.

Adalah sangat-sangat dipercayai bahawa silat adalah warisan mutlak orang Melayu,ini kerana terdapat beberapa kriteria yang membezakannya dari seni lain,antaranya seni mengunci pergerakan lawan. Tidak dinafikan ada segelintir silat yang bercampur dengan perkara-perkara khurafat seperti sihir,tapi itu bukanlah yang ingin difokuskan penulis. Apa yang menjadi fokus adalah silat yang 'putih' yang mana ada unsur-unsur Islam di dalamnya.

Untuk pengetahuan kita,telah menjadi kebiasaan di kalangan guru-guru agama di zaman lampau menggunakan pendekatan silat untuk menarik minat orang-orang kebiasaan untuk mempelajari agama,sambil mereka menurunkan ilmu persilatan,secara halus mereka mengajar ilmu-ilmu agama,jadi kesannya orang-orang kebanyakan tersebut berkemungkinan akan beringat supya tidak menyalahgunakan ilmu tersebut,di samping dapat menjaga diri sendiri,keluarga dan harta.

Pointnya,apa yang penulis ingin sampaikan adalah,apabila seseorang mempelajari sesuatu seni mempertahankan diri secara betul,tahu tujuan belajar,maka dia tidak akan menyalahgunakan ilmu tersebut dengan menyerang orang lain secara membabi buta,mencederakan orang lain ataupun merampas harta orang lain.

di sebelah pihak yang satu lagi,seandainya mereka diserang maka mereka tahu untuk mempertahankan diri.jadi kes jenayah tidak akan terjadi.

wallahu a'lam..

0 ulasan:

Catat Ulasan