Ahad, Mei 18, 2008

Silat sebagai method menjaga akidah?

Mungkin ada yang akan terkejut mengapa penulis mencadangkan sedemikian? terlebih dahulu penulis mengudarakan tujuan komentar ini bukanlah untuk menghina seni-seni lain,komentar ini merupakan hasil pemikiran penulis berdasarkan ilmu dan pemerhatian yang dangkal ini...

Mungkin ramai yang menyangka silat adalah satu ilmu gaduh semata-mata,tapi sekiranya dipelajari ke satu tahap,barulah kita akan sedar bahawa silat yang dikatakan ilmu gaduh atau berpencak sebenarnya kulit sahaja, ini semua adalah pengalaman saya sendiri kerana saya telah mempelajari sejenis silat iaitu silat cekak ustaz hanafi(bukan ingin menguar-uarkan,tetapi hanya kerana penulis berpengetahuan dalam jenis silat ini sahaja maka penulis akan berkomentar secara khusus mengikut aliran ini dan silat-silat lain secara umumnya)

Pada awal saya menyertai silat saya menyangkakan silat ini hanya berkaitan tentang menepis,membalas dan mengelak sahaja, bahkan lebih daripada itu. Apabila saya mencapai tahap 'potong' barulah saya menyedari; mungkin juga masih sedikit yang saya pelajari, sebenarnya dalam silat ini adanya unsur Ketuhanan. Sebagai contoh,pada peringkat tamat, mana-mana pengamal cekak ini tidak akan menang,jadi satu persoalan "bagaimana kita nak mempertahankan diri kalau akhirnya kita kalah?"(ya lah,rasa bengang jugak kalau lawan last-last takde siapa yang menang). Jawapannya,kita jangan bersandar kepada ilmu tapi bersandarlah kepada pemilik ilmu itu,iaitu ALLAH. Kelebihannya,mungkin perasaan riak dapat dihindari..

Terdapat juga lain-lain silat yang mempunyai kaitan dengan gerakan tarekat atau kesufian, yang mana untuk mempelajari silat seseorang itu harus mengamalkan beberapa zikir.

Kalau kita kaji mengapa orang Melayu Islam sekarang ramai yang murtad,salah satu sebabnya kerana rasa taksub atau fanatik kepada penganut agama lain,ini kerana kurangnya rasa bangga terhadap apa yang kita ada pada diri kita(agama dan bangsa). Jadi,apabila tiada rasa jati diri maka senanglah kita untuk menjadi seperti yang kita fanatikkan itu,atau dalam erti kata lain murtad.

Dan kalau kita buka lembaran sejarah perjuangan pembebasan negara kita seperti perjuangan Mat Kilau,Dato' Bahaman,Abdul Rahman Limbong dan sebagainya,sebahagian mereka adalah ulamak,mereka menggunakan ilmu silat untuk menentang penjajah tanah air dan akidah umat Islam di tanah ini,jadi tidaklah mustahil mereka menerapkan ajaran Islam dalam ilmu persilatan merela dan juga kepada pengikut mereka. Bukanlah penulis mengajak untuk berperang tapi dalam zaman sekarang penulis amat menekankan falsafah-falsafah silat itu digunakan dalam perjuangan menegakkan kembali kalimah Allah di muka bumi ini.

Point seterusnya yang penulis akan kemukakan selepas ini mungkin akan menimbulkan kontroversi tapi fahamilah penulis sama sekali tidak ingin mengkondem seni lain,mungkin ada yang betul mungkin ada yang salah dan mungkin tidak pada seni yang kalian semua pelajari.
contohnya,tomoi. Penulis pernah menonton dalam satu dokumentari yang mana dipaparkan para-para peninju terlebih dahulu memohon pertolongan daripada Buddha untuk meraih kemenangan(mungkin ini tak terjadi kat negara kita kot) tapi apa yang penulis bimbangkan takut0takut ajaran-ajaran Buddha diamalkan dalam aliran tomoi di Malaysia ini,kalau tidak ada, Alhamdulillah,teruskan dengan tomoi kalian

Terdapat juga sebahagian seni silat yang mengamalkan ilmu-ilmu songsang,tapi penulis ingin menegaskan penulis tidak menyokong aliran-aliran silat sedemikian,apatah lagi Islam melarang perbuatan mensyirikkan Allah.

sekali lagi penulis menegaskan tujuan penulisan ini bukan untuk mengkondem seni-seni yang lain,cuma penulis perlu membetulkan tanggapan-tanggapan songsang yang ditudingkan kepada silat.

Akhir kata,penulis memohon maaf kalau-kalau ada menyinggung hati sesetengah pihak,jutaan kemaafan dimohonkan. Sebarang komen dan teguran yang membina amat penulis hargai sebagai satu cara untuk membina diri ke arah yang lebih baik.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..ni pertama kali ana baca komen baik ttg silat..mgkn kerana sepanjang hidup ana apa yg ana slalu dgr ttg silat adlh yg negatif..ana sndr xpnh blaja silat kerana larangan dari mak ana. Cuma ana ada soalan kpd penulis, kenapa silat perlu dipelajari pd waktu malam? dan kenapa tidak ditinggalkan adat2 yg tampak khurafat spt mandi minyak dsb yg masih diamalkan? mgkn boleh mengurangkan sikap skeptik ana t'hdp silat.

Catat Ulasan